MIND PG Perkobf Kontraktor Bumiputera Kelas F (PERKOBF) Malaysia merupakan NGO yang berdaftar di bawah ROS. Berjuang dan membela hak kontraktor Kelas F/G1 Malaysia.Pada tanggal 12 Ogos 2012 dengan rasminya PERKOBF Kuala Lumpur menukar nama kepada PERKOBF MALAYSIA dan juga keseluruhan undang-undang tubuh Persatuan ini.Maksud Logo "Perkobf Malaysia"Pada keseluruhannya Lambang / Logo Persatuan dilukiskan berbentuk Atap / Bumbung berwarna merah serta berbentuk Gergaji dan Tukul berwarna Biru.BentukAtap / Bumbung bermaksud ahli-ahli persatuan bekerjasama serta bersatu padu di bawah satu bumbung.Bentuk Gergaji bermaksud boleh mereka bentuk serta mencorakkan persatuan ini mengikut keadaan semasa.Bentuk Tukul bermaksud persatuan boleh menegur /memberi pandangan yang bernas kepada pihak kementerian / jabatan / swasta untuk kepentingan ahli persatuan khasnya.Warna Biru memberi makna perpaduan, kerjasama, saling membantu antara ahli-ahli dan persatuan dan warna merah bermakna keberanian, tegas, bersungguh-sungguh dan komitmen ahli dan persatuan